Wednesday, May 25, 2011

TIA _HAMPIR MERAGUT NYAWA.....!

20/5/2011_ Badan terasa letih luar biasa....bila berdiri cam berjalan diatas angin,bibir d ikuti bahagian kiri badan kebas n lemah,kepala berat serta pernafasan terganggu...ku sangkakan hayat ku terhenti ....!?..Sakit hanya Allah swt megetahui... .Oleh kerana serangan yang dialami lebih dari 24jam ,aku rasa semakin serius.Perihatin TQ(permata hati),penyelamat nyawa.........syukur.

Bantuan Hospital ...,
Dari seberang ke GH Penang....terus dipindahkan ke CCU(Critical Care Unit) dimana otak ditidokan. Aku akui kerja berlebihan tanpa tido punca serangan .....ishhhhhhhh....!!!

Apa kata doktor...????
Setelah 3 hari terlantar dikatil CCU(Critical Care Unit) ....aku dipindah ke Wad C6 iaitu wad khas untuk pesakit neuro...4 doktor pakar datang..DR Sammeul Singh salah seorang yang bercakap bersama MRI report;


Dr Sammeul :
"...you nearly Stroke....!!..x bole dah buat kerja yang teruk kerna tangan kiri awak sudah lemah.. kalu x jaga Strok besar bole berlaku bila2x masa...

Aku :
I took the medicine regularly n in time but y.....????!

Dr Sammeul :
Bekalan darah ke otak tak cukup...oksigen manyak kurang .U kena jaga ....akan berlaku saluran darah pekat di dalam otak ble tersumbat .....bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan
kekurangan oksigen dan nutrien .awak bole dapat Strok besar....juga akan lumpuh dan bla_bla_bla..

Aku:
dlam hati ( cam bagi aku takut je doc ni.. :P) erhmmmmmmmmmm......

Pas tu Dr Sammeul lakukan bberapa ujian depan Dr pakar lain ..arggghhhh...malunye...malu ....

Dapat "time out"...
25/5_ jam 6:10 - dapat pulang kejap sbb ada urusan penting hari ni.... (terlalu bosan tanpa kerja)...nasib baik ada kawan... jumpa dr n minta kebenaran bawa balik rumah .Kalu x mesti hampeh le....!Dr masuk ubat stok dalm badan bertahan 24+jam jer nih....

CEPAT sungguh MASA.....

27/5_ jam 8:00-kena ada di C6 seblom dr pakar datang...huchhh.!!!ape lagi ni ...


Carian tentang sakit yang dialami selain dari DMT, HBP, B/T, epylepsy...


TIA (Transient Ischaemic Attack )

cer tengok gambarajah bawah nih...korang tau tgok tak??!! aku x tau tegok...kih3x

CER CITER... CER CITER....

Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.



Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya jika lebih 24 jam....mmmmmmm......

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada pakar perubatan secepat mungkin.

Monday, May 16, 2011

MENGIMBAS KENANGAN _SEGALANYA BERMULA....

ahhhh!!!...cepatnya MASA berlalu meninggalkan kita ...pejam celik..pejam celik dah 1++tahun aku hidup keseorgan...kalu diikutkan..selama hidup bermadu sebagai isteri pertama memang dah seseorangan pon ..hihihiihi...layannnnn jer laaaaaa...! :) bak kata orang, masa tu bukan status "ibu tunggal" tapi "ibu tinggal" (kena tinggal) huhu

7 disember 2009_ berakhirnya perkahwinan ....dugaan idup slama bermadu..amat perit ..."YA ALLAH ..aku x mampu melalui semua ...lemahnya jiwa ini"..

Mengimbas detik itu....
Dulu... aku tahu mereka berkawan...tapi tidak tau persahabatan mereka lebih dari seorang kawan...Setiap masa...setiap saat... nama perempuan itu yang bermain di bibirnya.Aku cuba memahami.. tapi semakin ku paham semakin...... !!! Memohon pada ilahi agar memberi jalan keluar...Ermmmm....Pernah aku bersuara ,"jika abang benar2x nak "berpoligami" biarlah masa mak (mak mertuaku) dah x dak...sekarang mak tengah sakit jantung....nanti terkejut plak mak"...aku terlalu sayang ibuayah mertua aku.(ini syarat aku)

Solat
ISTIKARAH...
Yaaaa..... jalan terbaik solat sunat istikarah mohon melapasi jalan keluar agar aku x tertanya dalam kotak fikiran aku tetang hubungan diorang..

IZiN.....
Akhirnya ...aku izinkan mereka berkahwin n aku sedia dimadukan .Aku berdoa jika itu yang terbaik aku redha... untuk lihat kebahagianan dorang .Sebelum itu..,aku megatur pertemuan dengan teman dia n minta penjelasan sama ada dia betul2x suka pada suami ...??! Namun tekaan aku tepat..dia menaruh harapan tinggi pada suami .(sebak hati tapi aku dah bersedia demi ALLAH).
Balik rumah ...aku bertanya pada suami samaada dia benar mencintai wanita itu yang lewat umur lebih tua dari suami...ternyata suami xda komen n aku dapat rasakan gerak hatinya ..lalu aku bersetuju berkongsi kasih bukan kerana nafsunya tapi atas kerana ALLAH SWT....aku bersetuju untuk merahsiakan dari kedua belah keluarga kerana x mau mereka terkejut ..biarlah mereka tau sendiri...aku aturkan masa bersamanya n gi pinangkan sendiri dirumah pihak perempuan di Chemor,Ipoh.

KANTOI....
Akhirnya terbuka rahsia...semua keluarga jauh dekat ....depan belakang umah ...dah tau ...apa lagi .,orang kata aku "giler"....GILER ke aku??!!...ermmmm "YA ALLAH ..hanya kau yang megetahui segala nya...".
Tak seindah kata2x manis...
Dia bersumpah dihadapan isteri muda ," Sayang.., i hargai u ...inilah hadiah yang paling besaq dalam idup i...i bersyukur ada isteri macam u"....perghhhhhhhhh...!!!! ayat dia tuu.....
aku tahu semua kata2x itu hanya manis yang ku telan pahit..
Ttiba terima surat saman dari Mahkamah Syariah..,dia menyaman aku untuk hadir ke Mahkamah memberi pengakuan depan hakim bahawa aku bersetuju beri kebenaran ....aku turut kata suami kerana aku ingin menjadi isteri Solehah...tapi..........
Detik perkahwinan mereka...
Pelamin angan ku musnah...sejak mereka mencapai bahagia...janji hanya tinggal janji ...aku melangkah kaki bersama TQ yang hanya dua tahun setengah masa tu...Tak sampai 24 jam perkahwinan mereka ...sekelip mata dia berubah ~ yang dinamakan manusia..
( Tak perlu Aku menceritakan keburukan demi menjaga aib sesama manusia )

YA ALLAH AMPUNI ketelajuran kata2x ku ...
.
Selama bertahun2x aku menanti sehingga aku tak tahu apakah sebenar status aku dalam perkahwinan...SAKIT ku tanggung sendiri ...setiap tahun aku lalui detik Ramadhan_Syawal bersama anak....aku terkontang kanting tanpa nafkah..sungguh pon aku berkerjaya...tiada tiang seri ..kasih sayang @ kebahagian seperti yang lain ...aku cuba n cuba namun aku gagal menyelamatkan rumahtangga ini...

SaKIt...
Aku tidak sanggup tanggung derita ...yang amat dalam ...aku ingin buang sedikit derita supaya aku dapat lalui segalanya bersama permata hati , kerjaya n penyakit ini...meghabiskan sisa2x hayat....

SOLAT sunat mohon restu...
Sebelum membuat keputusan !!...tidak mahu tanggung dosa yang entah kita pon x tahu apakah dosa kita sebagai wanita n isteri dari seorang suami yang berpoligami...!?? Jalan terbaik ialah solat Isthikarah ..sentiasa berinteraksi dengah NYA...
Akhir YANG PENBUKA JALAN ........
Alhamdulillah ..segalanya berakhir 2009 ..megurangkan risiko selepas pembedahan...
Sejak detik itulah.....segalanya bermula .......


~Pedoman Diri ~
Seikhlas mana pun pengorbanan dan kesetiaan kita terhadap,dia yang di cinta... kalu bukan jodoh kita... bukanlah jodoh kita... salam kenangan

DOA>>DOA>>dan terus BERDOA


ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
BerDoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf 7: Ayat Ke 55)

KEPAHITAN HIDUP YANG LALU .....


Kasih Sayang tiada dalam pasaran_tidak bole dijual beli ...Kasih sayang adalah anugerahNYA n harta diri yg amat ternilai..Masih ada SAYANG ???!!

Kepahitan idup yang lalu bisa megajar aku erti ketabahan _ dugaan...

akan aku abadikan ia hingga akhir hayat ....(tawa dalam tangis)

CiNtA ALLAH swt CiNtA yang hakiki......

Friday, March 11, 2011

Erti keMaafan....

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

... :))



Al Jazeera's metereologist explains Japan quake

Saturday, February 26, 2011

Muhasabah diri....



..Dalam muhasabah _ ku kenal diri ini..

Dari dulu lagi kkawan suh rehat jangan dok keja lebih2x . Aku x peduli sebb aku terlalu fanatik dengan kerjaya aku & bersyukor bakat kurniaan Ilahi....tapi sayang aku x pandai guna masa tuh! Pada hai aku bole uruskan masa aku sebaiknya.Kerja siang jadi pereka dalaman @ malam menjadi pelukis sepi ...jawabnya tido aku hanya 2-3 jam kkadang sedar x sedar ...ayam kat luar berkokok ,.menandakan siang memanggil ku.......!! :)
2005 _malang menimpa ...
Xle nak detect the insiden....( memories 1/10..) > yang ingat dah abes opration diwad Metro Specialist @ Baru je opration buang ovari selang bbrapa bulan sblomnya.Akur...tekanan punca segalanya....(Allah maha megetahui...) .Kiranye aku keja masuk kuar wad laaa...sian T'Que terpaksa lalui bersama..
2006 _Allah S.w.t meguji lagi ...
Masa tu aku dapat keja baru di *IDEAL KITCHEN* setelah keja di *IDAMAN DESIGN* sia2x je ..( gaji ku x dibayar selama 3 bulan _com. bankrup) .Hapy ssgat tauuu...citer kat T'Que (8 tahun)
" Sayang ..pas ni kita x susah dah ..mama dah dapat kerja baru & mama sihat sangat ..."lebeh kurang la kot dialog aku... heeee ...,walhal masa tu aku ada suami lagi (pada nama je laaaa..).
Dialog strusnya .."Esok ikut mama ,mama nak tukaq tarikh appoinment hospital kehari lain ...bla..bla..bla...." Badan rasa cam lelayang @ kpala rasa nak tumbang je _ masa tuh dah x peduli arrr...oleh kerna hapy ssgt , kata2x mak angkat yang nak compny aku ke GH neuro 104 dtolak gan alasan aku lambat dah .
Ku harapkan panazz hingga ke petang , rupanya ujan ....
Pergerakan aku semakin berat sehingga tiba diruang menunggu pesakit *Pakar Neuro 104* ...ttiba mata aku kabur ( ingat mati@sempat megucap je masa tu...) .Aku sempat mencari2x anak ku tapi makin lama makin kelam dan sempat berpaut pada tiang kaunter...Rupa2xnya ...*Rebah jua aku akhirnya @ sempat memandang T'Que....pecah pasu munga hehehe...kata T'Que :'( * di ICU aku bertarung nyawa oleh alat pernafasan , tiub makanan,ayaq paru2x disedut kuar @ wire beberapa tempat....( diceritakan oleh mak angkat.) Bagaikan mati hidup semula namun Allah S.w.t masih beri aku peluang ...
Andai katakan aku .....,



Hebat....

Aku redha akan dugaan ini..... segalanya aku harungi gan penuh cobaan...hari demi hari , perjalanan ni dlalui dengan kuat & tabah miski pon pahit lagi *Madu* yang ku tempohi ....aku yakin akan takdir kerna ada hikmah disebalik kajadian ...malah aku tetapkan hati ku "berbaik sangka pada AllaH s.w.t."
Dari tahun ke tahun hingga kini penyakit aku tiada perubahan .....adoiyaiiii....!!!!..
Sekarang....
Bermunajat_berzikr sepetiga malam ku ..memohon padanya miskipon telah aku temui jawaban kaseh Allah S.w.t. cukop ternilai dari kaseh kita ssama manusia....
Memohon padanya ...jika suatu hari nanti ditakdirkan aku pergi ....!!! tempatkan aku dikalangan orang yang beriman ....cucurilah rohku dengan rahmat MU..Ya AllaH...Amiiiinnnn.....!

**Ya AllaH ...jika sakit ini penghapus dosa2x ku....aku redha......
~inilah MUHASABAH CINTA KU~